Pernah tak anda terbayang, bagaimana rasanya kalau kita kehilangan orang yang paling kita sayang? Lebih lagi itu adalah seorang ibu? Nah! Kali ini Remaja bakal mahu pembaca merasakan perjalanan emosional yang mengharukan menerusi filem terbaru Indonesia ‘Bila Esok Ibu Tiada’ arahan pengarah hebat, Rudi Soedjarwo yang diterbitkan oleh Leo Pictures.
Filem drama keluarga ini telah pun ditayangkan di Indonesia November lalu dan kini ia bakal menemani hujung tahun anda di pawagam seluruh Malaysia. Sebelum menonton, jom lihat sinopsis dan beberapa fakta menarik yang sudah kami rangkumkan untuk anda!
NOVEL BEST SELLER!
Kalau nak tahu, filem ‘Bila Esok Ibu Tiada’ ini adalah diadaptasi daripada novel terlaris dengan tajuk yang sama karya penulis Nuy Nagiga yang telah memenangi hati ramai pembaca. Novel ini dikenali kerana kisahnya yang menyentuh hati dan sangat relevan dengan kehidupan keluarga dalam kalangan masyarakat.
Ditambah dengan latar belakang yang mendalam mengenai hubungan ibu dan anak, adaptasi ini juga mungkin dapat menghadirkan kehangatan dan emosi yang serupa menerusi layar perak. Filem Bila Esok Ibu Tiada juga membawa harapan untuk memberikan pengalaman sinematik seteguh novel asalnya.
PELAKON ‘PAPAN ATAS’
Semestinya filem hebat! Barisan pelakon pun mesti hebat! Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon terkemuka Indonesia seperti Christine Hakim, Adinia Wirasti, Fedi Nuril, Amanda Manopo, Yasmin Napper, dan ramai lagi!
Penampilan mereka pastinya meningkatkan lagi keterujaan penonton terhadap filem Bila Esok Ibu Tiada ditambah lagi dengan kemampuan lakonan mereka yang sudah terbukti sampai ke jiwa penonton. Para pelakon ini diyakini mampu menghidupkan setiap watak dengan penuh emosi.
PERJALANAN CERITA YANG MENYENTUH HATI
Bila Esok Ibu Tiada menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu kepada anak-anaknya dan bagaimana mereka menghadapi kehilangan. Filem ini akan membawa penonton dalam perjalanan emosional yang sangat mendalam, terutama dengan jalan cerita yang begitu relevan dengan kehidupan seharian.
Tema keluarga semestinya paling dekat di hati penonton, filem ini juga akan mengajak anda untuk merenungkan makna kehadiran ibu bapa dalam hidup. Kisah ini sarat dengan pesan moral tentang pentingnya menghargai waktu bersama orang yang kita cintai.
SINOPSIS
Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga Papa Haryo (Slamet Rahardjo), yang terdiri daripada seorang ibu bernama Rahmi (Christine Hakim) dan keempat-empat anaknya, iaitu Ranika (Adinia Wirasti), Rangga (Fedi Nuril), Rania (Amanda Manopo), dan Hening (Yasmin Napper).
Setelah pemergian suaminya, Rahmi menjadi seorang ibu tunggal kuat dan penyayang terhadap anak-anaknya. Namun, di sebalik keharmonian mereka, terdapat konflik yang belum diselesaikan.
Disebabkan sikap suka memerintah Ranika sebagai anak sulung sering membuat hubungan antara adik-beradiknya menjadi renggang. Selain itu, setiap anak mempunyai masalah dan kehidupannya sendiri dan itu yang menyebabkan mereka jarang berkumpul bersama keluarga.
Suatu hari, apabila Rahmi jatuh sakit, anak-anaknya baru menyedari betapa pentingnya sosok seorang ibu dalam hidup mereka.
Secara perlahan, mereka mula membuka hati antara satu sama lain dan berusaha memperbaiki hubungan yang retak. Namun, masa terus berlalu dan mereka harus menghadapi kenyataan pahit bahawa satu hari nanti ibu kesayangan mereka akan pergi jua.
Filem Bila Esok Ibu Tiada akan membawa anda merasai pada perasaan emosi yang mendalam, serta sedar betapa pentingnya keluarga, kasih sayang, dan pengorbanan. Melalui kisah keluarga Papa Haryo ini juga, penonton akan diajak untuk merenung tentang kehidupan, kematian, cinta, keluarga, dan erti kebersamaan.
NAMUN jika korang ingin menontonnya lebih awal pada 9 Disember nanti, #WayangRemaja kembali memberikan tiket tayangan perdana menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Jom sertai!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source