Memilih sekolah pertama untuk anak sememangnya begitu menyukarkan. Mana tidaknya, ia pasti menjadi sekolah yang begitu memberi kesan dan menampakkan perkembangan baik pada anak kita. Jadi tidak hairanlah mak ayah mahukan sekolah yang benar-benar berkualiti untuk anak.
Soalnya sekolah dan tadika bagaimana menjadi pilihan mak ayah dan apa kriteria sekolah tadika terbaik yang menjadi pilihan ibu bapa?
Terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh dianggap sebagai tanda-tanda tadika terbaik di Malaysia.
Namun, perlu diingat bahawa definisi “terbaik” mungkin berbeza bagi setiap keluarga bergantung kepada keperluan dan keutamaan masing-masing. Berikut adalah beberapa ciri yang boleh diambil kira ketika memilih tadika terbaik buat anak anda.
Kualiti pengajaran dan kurikulum
Semasa meninjau dan meneliti sesebuah tadika, periksa dahulu silibus dan kurikulum sekolah berkenaan. Teliti satu persatu setiap subjek dan cara pembelajaran buat anak-anak. Jika boleh minta jadual secara terperinci.
Guru yang berkelayakan dan berpengalaman juga menjamin kualiti sesebuah tadika yang baik untuk anak. Malah cara pembelajaran yang seimbang dengan kemahiran serta mampu mengasah bakat anak menjadi pilihan utama.
Infrastruktur dan kemudahan
Bagi meneliti tadika yang baik, pastikan tadika tersebut mempunyai kemudahan dan infrastruktur terbaik seperti alat bantuan mengajar, kelengkapan anak untuk belajar, tandas, kantin dan sebagainya berada di tahap paling terbaik. Semua ini membantu anak belajar dengan selesa.
Periksa juga kesemua bilik kelasnya samada ia bersih, ceria, dan selamat untuk anak-anak sepanjang di sekolah. Jangan dilupakan protokol atau sistem keselamatan seperti CCTV agar ibu ayah dapat memantau dan merasa selamat sepanjang anak belajar.
Aktiviti pembelajaran kreatif
Pastikan silibus pembelajaran dan program yang kreatif dan inovatif diperkenalkan pada anak seperti aktiviti-aktiviti luar yang menyokong perkembangan holistik kanak-kanak, seperti seni, muzik, dan sukan. Ini pula antara contoh aktiviti yang kreatif dan pelbagai untuk anak.
- Bermain peranan (Role Play)
Membolehkan kanak-kanak bermain peranan untuk mengembangkan kreativiti dan kemahiran sosial.
- Seni dan kraf
Aktiviti melukis, mewarna, dan membuat kraftangan untuk merangsang perkembangan seni dan kemahiran motor halus anak. Penggunaan bahan kreatif seperti tanah liat, kertas, dan barang kitar semula digunakan secara menyeluruh sebagai tujuan rangsangan sensori untuk anak.
- Sains dan pemahaman alam sekitar
Memperkenalkan eksperimen sains yang mudah dan sesuai untuk kanak-kanak prasekolah bagi menarik perhatian mereka disamping daya berfikir ketika latihan. Tidak ketinggalan seperti pendedahan kepada alam sekitar, seperti menyemai benih dan merawat taman tadika.
- Bermain aktiviti luar
Bukan namanya kanak-kanak tanpa permainan dan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal dan sukan perlu untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan perkembangan motor kasar. Aktiviti permainan bola, merentas desa, dan bermain di taman permainan antara pembelajaran perlu ada.
- Muzik dan gerak
Aktiviti muzik seperti nyanyian, bermain alat muzik kecil, dan menari untuk merangsang perkembangan seni dan koordinasi gerak. Melalui aktiviti ini kanak-kanak boleh mempelajari melodi, ritma, dan elemen-elemen muzik sederhana.
Memilih tadika yang sesuai adalah keputusan penting yang memerlukan kajian menyeluruh dan pertimbangan berdasarkan keperluan dan nilai keluarga. Salah satu tadika yang menepati konsep malah menggunakan pendekatan secara menyeluruh dalam sistem pembelajarannya adalah Little Einstein Preschool.
Tahniah! Little Einstein merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah
Pra Sekolah Berprestij Tinggi Pilihan Pa&Ma.
Little Einstein Preschool menawarkan lebih daripada sekadar asas akademik. Little Einstein yang diasaskan oleh Puan Siti Rokiah Ahmad Kamal adalah prasekolah untuk anak berumur dua hingga enam tahun yang distruktur bertujuan mengasah bakat dan potensi setiap anak berorientasikan pendidikan masa depan.
Bukan itu sahaja bahkan Little Einstein juga turut mengintegrasikan sistem pendidikan yang inovatif bersama pemantauan perkembangan individu, memberikan kanak-kanak asas yang kuat bukan sahaja dalam bidang akademik, malah untuk melangkah dengan yakin dalam pelbagai aspek kehidupan lain.
Di Little Einstein, bukan sekadar mendidik, tetapi juga melengkapkan anak-anak dengan pendekatan holistik yang melibatkan pakar daripada pelbagai bidang.
Paling menarik perhatian pastinya sistem pembelajaran di Little Einstein yang menekankan konsep pembelajaran melalui eksplorasi dengan aktiviti menarik seperti eksperimen praktikal, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat dibentuk. Pengenalan kepada konsep STEM dan robotik bukan sekadar mampu mengasah kemahiran teknikal, tetapi juga membentuk kemahiran inovasi dalam diri mereka.
Bagi memperolehi pelbagai informasi dan maklumat, layari laman sesawang, https://littleeinstein.my/ atau juga menerusi media sosial Facebook: littleeinsteinmy, Instagram: @littleeinsteinmy, TikTok: @littleeinsteinmy atau boleh terus menghubungi di talian, 01156867215.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source