Sebagaimana kita ketahui, setiap pesakit yang meninggal akibat COVID-19, jenazah akan diuruskan oleh pihak KKM kerana prosedurnya ketat. Malah ahli keluarga mahupun sanak saudara tidak dibenarkan untuk mendekati kerana jenazah dikebumikan dengan cara pesakit Ebola diuruskan iaitu tayammum dilakukan.
Namun mula timbul sedikit kontroversi di mana jenazah mangsa ke 8, iaitu arwah Ustaz Hassan yang dikebumikan di Kelantan diuruskan oleh warisnya, bukan anggota KKM?
Dalam fb yang ditulis panjang lebar oleh Imam Muda Hilal, ada menceritakan secara detail apa berlaku dan menurutnya pihak waris mempersoalkan SOP KKM kenapa mereka yang harus mengebumikan jenazah dan bukannya anggota KKM sebagaimana didakwa.
Bacalah penerangan panjang lebar ini. Kita tak mahu front liner yang bertungkus lumus dipuji orang ramai sebagai penyelamat pesakit tercalar hanya disebabkan oleh sikap segelintir staff.
Malah ada baiknya pihak KKM memberi penjelasan kerana cerita ini mulai tersebar di media sosial dan sudah disyer lebih 11 K netizen.
Baca penjelasan penuh waris.
WARIS URUSKAN PENGEBUMIAN JENAZAH COVID19, SOP KKM DIPERSOALKAN!
Ini adalah cerita sebenar waris keluarga yang uruskan pengebumian jenazah Covid19 di rantau panjang, Kelantan. Kes kematian Covid19 di Malaysia yang ke-8.
DISCLAIMER
Tujuan status ini adalah untuk mempersoal SOP sebenar menguruskan jenazah COVID19, adakah waris perlu turut serta uruskan atau pihak KKM uruskan segalanya.
Kerana kita maklum pengurusan jenazah COVID19 sama seperti pengurusan jenazah wabak Ebola Virus Desease (EVD) hanya boleh disempurnakan oleh pihak KKM sahaja dari mula sehingga pengebumian. (1)
Polis di tempat kejadian juga sarankan waris viralkan kes ini. Dan kami fikir ini wajar kerana untuk memberi info sebenar apa yang berlaku dan sampai kepada pihak atasan, supaya tidak terulang kepada korban COVID19 yang baru.
Beberapa bukti video rakaman saya upload dalam ruangan komen.
MAKLUMAT MANGSA KORBAN
Jenazah korban Covid19 Ke8 dikenali sebagai Ustaz Hassan (UH), berumur 69 tahun, meninggal pada Jam 4.00pm di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu. (2)
======
KRONOLOGI
22/03/2020
4.00PM
– Doktor maklumkan kepada waris bahawa UH sudah meninggal dunia, waris merupakan anak lelaki (Hafizuddin) diminta datang ke hospital untuk dengar taklimat. Antara kandungan taklimat ialah:
– Pihak KKM menguruskan semua urusan pengebumian jenazah mengikut cara wabak Ebola
– Waris tidak boleh dekat tanah perkuburan, kalau boleh tak datang kubur lagi bagus.
– Waris tidak boleh tengok jenazah, apatah lagi buka bungkusan mayat.
– Jenazah akan dikebumi pada waktu malam
– Tempoh pengebumian akan dilakukan sangat cepat
– Pengebumian akan diuruskan Pihak KKM Pasir Mas
7.00PM
– Waris balik rumah di pasir mas dan bersiap pergi ke Tanah Perkuburan Rantau Panjang. waris 1 lelaki 2 perempuan bergerak satu kereta ke destinasi selepas isyak.
10.00PM
– Waris tiba di Tanah Perkuburan Rantau Panjang.
– Pihak polis sudah halau semua orang, termasuk waris-waris yang datang supaya balik rumah masing-masing, jamin pihak KKM uruskan semuanya segera.
– Jenazah masih belum tiba.
– Hafizuddin terpaksa tunggu jauh sedikit dari kawasan perkuburan kerana sudah dihalau. waris-waris lain semua sudah bersurai balik pengkalan. orang kampung juga sudah balik tidur.
11.06PM
– Jenazah tiba dari Hospital dengan sebuah van
– Hanya 2 Orang Kakitangan hospital termasuk pemandu
– Kelibat pegawai KKM belum tiba. Jenazah masih dalam van
12.00AM
– Waris masih menunggu dalam kereta tertanya-tanya masih tiada proses pengebumian.
– Waris mendekati polis bertanya “entahlah, belum kebumi lagi, orang KKM belum datang”
– Waris mendekati pemandu van bertanya “tunggu orang KKM uruskan”
– Waris call hospital tanya status pegawai KKM yang bertugas, pihak hospital sudah maklumkan kepada pegawai KKM Pasir Mas incharge pengebumian ini.
– KKM Pasir Mas call hafizuddin, tanya berapa waris yang ada di kubur cukup tak 6 orang untuk uruskan jenazah, sebab pegawai KKM tidak dapat uruskan. Waris yang kena uruskan.
– Polis dah halau semua, memang tak cukup orang nak uruskan.
1.00AM
– Waris serba salah, kalau panggil orang kampung, akan merisikokan mereka. masalahnya waris-waris lain semua dah balik kena halau.
– Waris hubungi tok penghulu. Tok penghulu datang menjenguk akhirnya.
– Tok penghulu buntu, call bomba. bomba kata ini bukan bidang kuasa mereka.
– Tok penghulu panggil lagi beberapa orang kampung yang masih available untuk datang bantu. 3 orang datang.
– Semua masih buntu cara nak uruskan jenazah. jenazah masih dalam van.
1.30AM
– lebih kurang jam 1 setengah begitu, 1 kereta exora KKM tiba. dalam 6 orang.
– Pegawai tidak keluar kereta untuk beri makluman apa-apa. stay safe dalam kereta.
2.00AM
– Waris perasan kereta KKM dan cuba mendekati dan bertanya.
– Seorang sahaja pegawai KKM keluar kereta. berbadan besar berbaju biasa.
– Pegawai KKM berkeras dan menunjukkan bukti dalam fon serta bacakan mengatakan bukan mereka yang uruskan jenazah, tetapi waris yang akan uruskan pengebumian jenazah.
– Pihak waris juga menunjukkan bukti dari hospital yang mengatakan pihak KKM akan uruskan semuanya (waris juga dimaklumkan hospital yang mana pegawai kkm tidak mahu bekerjasama semasa beri makluman)
– Pihak polis juga mengesahkan bahawa pihak KKM yang perlu menguruskan
– Pegawai KKM tidak mengendahkan apa sahaja info dari waris dan polis, dia hanya berpegang apa yang diarahkan sahaja. kami pun tak tahu siapa yang arahkan dia.
2.30AM
– Pegawai KKM bagi 5 pasang sut putih kepada waris untuk pakai
– Pegawai tersebut langsung tak beritahu apa prosedur pemakaian dan cara betul nak kendalikan jenazah ke dalam kubur.
– Pegawai masuk kereta semula, sambung hisap rokok bersama yang lain.
– Menyedari ada polis sedang merakam, kereta KKM dihidupkan dan dialihkan jauh sedikit. Sambung lepak. (maaf ayat agak menusuk)
– Bayangkan tiada taklimat pemakaian sut diberikan, 2 waris lelaki dan 3 pakcik kampung terkial-kial nak sarung sut. mujur polis datang bantu tunjuk sikit-sikit.
– Terus pakai sut, tiada sanitize dilakukan. (kami tidak tahu ia perlu atau tidak)
2.55AM
– Jenazah diturunkan dari van, dibawa ke kubur.
– Pelantar jenazah dipulangkan semula dalam van. Van terus beredar balik
– Waris dengar perasan juga ketidak-puasan hati kakitangan tersebut kepada pihak keluarga waris, seolah-olah menyusahkan mereka kena tunggu lama, sepatutnya waris ada ramai dan boleh siapkan urusan pengebumian segera. mereka takkan tidak tahu polis sudah halau semua orang?
– Kami waris sangat berasa hati dengan perkara itu.
– 5 orang yang uruskan jenazah seperti dalam gambar dan video itu adalah waris dan pakcik kampung. Tiada langung pegawai KKM yang bantu! masih lepak di kereta.
– Jangan tanya bagaimana 5 orang ini uruskan jenazah. tiada apa-apa pemantauan langsung.
– Hanya fikirkan dari taklimat hospital beritahu jenazah perlu dikebumi segera, maka mereka uruskan jenazah, turunkan dalam liang lahat, kambus tanah dengan segera.
– Setelah selesai kambus tanah, tanah kubur tidak disembur apa-apa. cangkul dan peralatan diletakkan saja disitu.
3.30AM (3)
– Setelah selesai, pegawai KKM tadi datang semula dan suruh 5 orang ini buka dan longgokkan baju di satu tempat. termasuk baju dalam yang dipakai. part ini memang tergamam juga sebab tak ready langsung baju spare untuk salinan.
– Yang tidak buka baju dalam kena bawa balik dan terus basuh cuci dan jemur tengah panas, katanya
– Pegawai hulur 1 botol liquid sanitizer untuk 5 orang guna sanitize badan.
– Pegawai minta lighter dan bakar longgokan baju.
– Baju masih marak api, pegawai tersebut hidupkan enjin kereta dan balik.
– Polis juga beredar
– Pakcik kampung berkain pelikat, selipar kena bakar pun berkaki ayam sahaja lah, start motor dan balik
– Hafizuddin pergi ke masjid basuh badan.
– kemudian semua beredar.
– Sampai rumah pasir mas jam 4.45am.
=======
HIGHLIGHT
Ada beberapa perkara yang kami nak highlight disini
- Pegawai KKM Pasir Mas bermasalah, kami lihat mereka merokok dalam kenderaan KKM
- KKM tidak bersedia menguruskan jenazah COVID19 walaupun sepatutnya SOP pengurusan mayat Ebola telah ada
- Tidak ada kerjasama pihak hospital dengan KKM. kematian jam 4.00PM sepatutnya pihak KKM sudah bersedia untuk uruskan pengebumian waktu malam. ini kes pertama di kelantan.
- Rakyat semua maklum bahawa KKM uruskan jenazah COVID19 dari A to Z. tapi sebaliknya berlaku waris yang uruskan. Saya dimaklumkan Korban Covid19 ke2 di johor hanya 3 orang pegawai KKM, 7 yang baki adalah orang awam waris dan kawan-kawan. Mujur pegawai KKM itu turut serta dalam pengurusan jenazah. (4)
- Kemungkinan untuk ada KES baru kematian COVID19, APA JAMINAN KKM selepas ini untuk uruskan jenazah, benar-benar bersedia atau masih menunding jari siapa kena buat. Kasihan pada waris dan orang kampung jika libatkan mereka uruskan risiko.
- Jika benarlah waris yang kena uruskan, apa salahnya bagitahu maklumat lebih awal supaya kami dapat bersedia uruskan.
- Alasan tidak cukup kakitangan amat tidak patut diberikan. 6 orang pegawai santai lepak dalam kereta sambil merokok!
- Kami datang ke tanah perkuburan untuk menyaksikan dari jauh, bukan kerja kami nak merakam semua adegan-adegan yang tidak dijangka. Tunggu dah lama, ada yang bateri fon pun sudah mati.
- Mungkin ada yang minta jangan diviralkan. Ingat, kami redha dengan apa yang berlaku dan bersedih atas kehilangan ini. Tetapi kami mahu SOP Pengurusan Jenazah COVID19 untuk korban baru tidak terjadi seperti yang kami lalui. Ianya sangat berisiko untuk orang awam uruskan kes sebegini!
- Kami MENUNTUT pegawai-pegawai KKM Pasir Mas berkenaan membuat PERMOHONAN MAAF kepada waris dan pakcik dengan kekasaran dan keengganan mereka menguruskan kes ini.
- Ingat, seluruh rakyat sedang mengangkat warga KKM sebagai frontliner hero negara. Adakah kamu hendak menjadi nila setitik merosakkan susu sebelanga?
- Kisah kronologi, masa dan minit diatas diringkaskan bagi menjelaskan apa yang perlu.
- Apa yang MEDIA BERITA laporkan pegawai KKM yang uruskan jenazah adalah sama sekali TIDAK BENAR. Lihat video yang diserta adakah pakcik pakai berkain pelikat dan remaja belasan tahun itu pegawai KKM?
- Imam Muda Hilal merupakan ‘close family’ dengan Hafizuddin, menjaga anaknya H dan kuarantin di rumah yang sama, Jadi cerita diatas adalah benar belaka. Ini bukan cerita rekaan.
- Mohon pihak atasan siasat dan baiki. jangan tanya kami minta gambar pegawai berkenaan atau no plate kereta, mahupun gambar polis bertugas. itu bukan kerja kami nak perhatikan dalam masa bersedih itu.
- Mohon viralkan pos ini sehingga sampai kepada yang berkenaan. biar netizen tahu hakikat yang sedang berlaku supaya ianya dapat diperbaiki segera.
Terima Kasih.
=======
RUJUKAN
(1) Cara Pengurusan Jenazah Covid19:
https://says.com/…/…/cara-pengurusan-jenazah-mangsa-covid-19
(2) Angka Kematian Kini8
https://www.bharian.com.my/…/667697/covid-19-angka-kematian…
(3) Jenazah korban ke lapan selamat dikebumikan:
https://www.bharian.com.my/…/covid-19-jenazah-korban-kelapa…
(4) Jenazah korban COVID19 ke 2 dikebumikan:
https://www.bharian.com.my/…/covid-19-mangsa-dikebumi-malam…
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source