Pada 16 Februari 1923, ahli arkeologi British, Howard Carter buka sarkofagus di Lembah Raja-Raja Mesir buat pertama kali dan mencetuskan minat serta misteri terhadap seorang raja muda Mesir purba.
Siapakah sebenarnya Firaun Tutankhamun yang memerintah 3,300 tahun yang lalu dan macam mana baginda mangkat pada usia 19 tahun?
Ketika itu, Carter tak ada jawapannya. Tapi kini, teknologi forensik dan perubatan moden telah mendedahkan butiran yang memberi petunjuk tentang apa yang mungkin menyebabkan kemangkatan Tutankhamun.
Ujian DNA dan imbasan CT menunjukkan baginda menghidap malaria, patah kaki bawah dan kecacatan kongenital akibat perkahwinan sesama keluarga yang biasa dalam kalangan kerabat diraja Mesir.
Pakar mumia dari Switzerland, Frank Rühli menyatakan ramai penyelidik mengemukakan teori bagaimana kemangkatan raja muda itu. Namun, bukti tersebut menarik tetapi tidak meyakinkan.
Imbasan CT menunjukkan bahawa Tutankhamun mengalami lelangit sumbing, kepala yang agak panjang, tulang belakang melengkung dan kecacatan pada vertebra atas yang dikaitkan dengan sindrom Marfan.
Tetapi ujian DNA pada tahun 2010 menunjukkan hasil negatif untuk diagnosis itu.
Pada tahun 2014, BBC menerbitkan sebuah dokumentari dan mendakwa Tutankhamun mangkat disebabkan kemalangan Chariot yang mematahkan kaki dan pelvisnya, menyebabkan jangkitan dan mungkin kematian akibat keracunan darah.
Namun, tiada rekod menunjukkan kejadian tersebut berlaku. Malah, salah seorang ahli pakar Mesir Purba yang terlibat dalam dokumentari itu masih meragui apa yang sebenarnya berlaku.
Christopher Naunton, seorang pakar Mesir Purba berkata dokumentari BBC bermula dengan menunjukkan mumia mengalami trauma teruk pada bahagian kiri badan dan sisi.
Pembuat dokumentari ni tunjuk bahawa jenis kecederaan ini boleh disebabkan oleh hentakan roda Chariot, tetapi bukan akibat jatuh dari Chariot
Apa yang tidak jelas adalah sama ada kerosakan rangka berlaku semasa baginda hidup atau selepas kemangkatannya.
Salah satu halangan untuk mencari tahu cara pemerintahan Tutankhamun adalah kerana keadaan mumianya selepas penemuannya pada tahun 1923.
Sejak Carter bongkar mumia itu pada tahun 1926, beberapa rantai leher dan barang kemas yang dimakamkan bersama Tutankhamun dah diambil, mungkin disebabkan ia memecahkan mumia yang semakin rapuh.
Teknologi moden membantu dalam pemeriksaan pada tapak trauma yang dicadangkan seperti kaki, lutut, muka pada mumia itu.
Jadi sehingga kini, kisah hidup yang mendalam dan kemangkatan Firaun Tutankhamun masih menjadi misteri.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu kenapa Ramses II dianggap sebagai Firaun yang mengejar Nabi Musa (as)? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MESIR PURBA!
https://s.shopee.com.my/6fLxzjJ10q
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source