Tak payah ‘beriya’ turun himpunan, pemimpin Bersatu diberitahu


PETALING JAYA: Lebih baik pemimpin Bersatu membatalkan hasrat “beriya-iya” menyertai himpunan bersolidariti bersama Najib Razak di Istana Kehakiman esok, kata Setiausaha Bersatu Wilayah Persekutuan, Mahathir Rais.
Katanya, Umno berkait langsung dengan bekas perdana menteri itu juga telah membatalkan himpunan itu, namun menghormati hasrat parti komponen Perikatan Nasional (PN), PAS mahu meneruskannya.
“Adalah lebih baik jika ahli parti tidak terlibat. Sedangkan, Umno parti yang berkaitan secara langsung dengan Najib, tidak turut serta, mengapa pula kita perlu beriya-iya mahu bersama?” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Ketua Wanita Mas Ermieyati Samsudin, berkata beliau dan beberapa lagi pimpinan Bersatu berkemungkinan turun pada himpunan itu.
Mengulas lanjut tindakan PAS, parti memahami keputusan rakan komponen kerana hak berhimpun termaktub dalam undang-undang.
“Sebagai sebuah negara demokrasi, kita menghargai kebebasan bersuara dan berkumpul diberikan kepada setiap rakyat. Namun, penting memastikan himpunan tidak mencetuskan sebarang provokasi atau ketegangan dalam masyarakat.”
Katanya, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin juga seorang pemimpin yang kekal menjunjung titah Agong dan tegas melawan korupsi serta salah guna kuasa.
Muhyiddin adalah pengasas bersama Bersatu, selepas dipecat sebagai timbalan presiden Umno pada 2016, susulan kritikan keras terhadap presiden dan perdana menteri ketika itu, Najib, terutama berkait skandal 1MDB.
Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun, daripada 12 tahun selepas ia dikurangkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan susulan sabitan dalam kes SRC International.
Esok, Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source