Pahang, Sabah mula dilanda banjir lagi pagi ini


KUALA LUMPUR: Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Di Pahang, hujan berterusan menyebabkan banjir di daerah Raub dengan satu PPS dibuka pada 2.30 pagi tadi, menempatkan 31 mangsa daripada 12 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Ulu Sungai, Batu Malim itu ditempatkan di PPS SK Ulu Sungai.
“Hujan berterusan hingga 1 pagi di kawasan Banjaran Titiwangsa telah menyebabkan berlakunya limpahan air Sungai Batu Malim dan menjejaskan penduduk sekitar,” katanya dalam kenyataan.
“Walaupun cuaca setakat ini semakin baik dan tidak hujan selepas 1 pagi, namun proses pemindahan penduduk masih berterusan memandangkan limpahan air sungai berkenaan masih berlaku.”
Di Sabah, 17 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan di daerah Kota Marudu pagi ini dan ditempatkan di PPS SMK Bengkongan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memberitahu dua kampung terjejas akibat bencana itu, iaitu Kampung Tamisan dan Kampung Radu Tigaman.
“Antara mangsa yang dipindahkan termasuk empat orang kurang upaya (OKU), seorang bayi lelaki dan empat kanak-kanak,” menurut kenyataannya.
Di Sarawak, jumlah mangsa kekal 44 dengan satu PPS masih aktif setakat pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit menempatkan 22 keluarga dari Rumah Leo, Nanga Lipus; Rumah Alice; Rumah Alexander; Rumah Geoffey; Rumah Joseph, Rantau Kemiding dan sebuah rumah persendirian.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source