Polis siasat perarakan replika naga pamer bendera China di Muar


PETALING JAYA: Kertas siasatan dibuka terhadap satu program perarakan kebudayaan didakwa mempamerkan bendera China di Muar, susulan rakaman video dan gambar tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Muar, Raiz Mukhriz Azman Aziz, berkata program tersebut berlangsung sempena ulang tahun ke-20 Gabungan Tiong Hua, dengan tarian singa, dan replika naga yang dikatakan terpanjang di Malaysia turut diarak melalui beberapa jalan utama sekitar daerah itu.
“Hasil pemantauan polis semasa perarakan berlangsung mendapati replika naga dihias dengan bendera Jalur Gemilang di bahagian sebelah kanan badan, manakala bahagian kiri dihias bendera negara China.
“Polis telah mengambil tindakan proaktif dengan membuka kertas siasatan pada hari yang sama kejadian dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pihak penganjur program dan saksi kejadian turut dipanggil untuk dirakam percakapan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2021 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949,” katanya.
Raiz berkata, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
Bulan lalu, juga berlaku kontroversi bendera China pada replika roket yang dipamerkan di sebuah pesta lampu LED di Bukit Gambir, Johor.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source