Bersimpati dengan nasib, lelaki OKU tular terima tajaan pakej umrah bersama isteri & anak

Seorang lelaki OKU tular terima pakaj umrah bersama syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd.
Tawaran itu dibuat oleh Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin kepada isteri mangsa lelaki kurang upaya (OKU) mental Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Jumaat lalu.
Artikel lain: Keluarga lelaki OKU tak akan tarik laporan polis, tetap teruskan saman!
Lelaki OKU tular terima tajaan pakej umrah
Difahamkan, pakej umrah itu diberikan secara percuma kepada mangsa, isterinya, Faridah Abdul Karim, 44 dan anak lelaki mereka, Ahmad Fakhrie, 19.
Ibrahim Mat Sin menghadiahkan pakej umrah tersebut melalui panggilan video kepada Faridah pada Isnin.
Dalam video dimuat naik di Facebook Andalusia Kuantan, Ibrahim menyatakan teramat simpati dengan kejadian yang berlaku terhadap keluarga Ahmad Nor dan menawarkan tiga tempat iaitu Ahmad Nor, Faridah dan anak lelaki pasangan itu, Ahmad Fakhrie, 19.
“Semoga di sana (Makkah dan Madinah) terubat hati,” kata Ibrahim.
Dalam pada itu, wakil wilayah Andalusia Kuantan yang dikenali sebagai Syahirah, dan juga Pegawai Agama Ustaz Luqman mengunjungi kediaman Ahmad Nor dan menyampaikan hasrat Ibrahim beserta kelengkapan untuk tujuan umrah.
“Alhamdulillah, hasrat Tuan Haji Ibrahim untuk menaja pakej umrah untuk keluarga ini sudah disampaikan.
“Masya-ALLAH, mereka sangat gembira dan bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih Tuan Haji dan Pengurusan Andalusia, barakallahufikum!,”ujar wakil Andalusia Kuantan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki OKU telah dikasari oleh sekumpulan individu tanpa belas ihsan selepas terlanggar gerai makanan di tapak Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada Jumaat.
Susulan itu enam suspek yang masing-masing berusia 18 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sumber: FB Andalusia Kuantan Pahang
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source