Siapa saja tak kenal dengan Haikal Sulaiman, atau Solomon’s Temple. Ia adalah salah satu struktur paling ikonik dalam sejarah tamadun Yahudi.
Tapi kenapa ada pihak sanggup runtuhkan kuil ini?
Dibina sekitar abad ke-10 SM oleh Raja Sulaiman, binaan ini menjadi pusat ibadat dan lambang keagungan Kerajaan Israel kuno.
Namun malangnya, dua kali dalam sejarah, struktur ini dimusnahkan akibat konflik geopolitik. Lantas dengan itu, peristiwa kemusnahan ini meninggalkan kesan yang dalam terhadap sejarah dan identiti bangsa Yahudi hingga hari ini.
[Kejatuhan Pertama: Empayar Babylon (586 SM) ]
Pada abad ke-6 SM, Kerajaan Judah berada di bawah tekanan kuasa besar seperti Mesir dan Babylon. Selepas beberapa siri pemberontakan, Raja Nebuchadnezzar II dari Babylon datang serang Jerusalem.
Tentera Babylon pun musnahkan Haikal Sulaiman, menjarah kota setempat, dan bawa rakyat Judah sebagai tawanan ke Babylon dalam peristiwa yang dikenali sebagai Pembuangan Babylon.
Kemusnahan Haikal Sulaiman ini menandakan tamatnya kedaulatan Judah buat sementara waktu. Namun, selepas kejatuhan Babylon kepada Empayar Parsi, orang Yahudi dibenarkan kembali ke tanah asal mereka dan memulakan pembinaan Haikal Kedua.
[Kejatuhan Kedua: Empayar Rom (70 Masihi)]
Haikal Kedua dibina sekitar abad ke-6 SM, tetapi ia juga tidak kekal lama. Pada tahun 70 Masihi, tentera Rom di bawah pimpinan Titus menumpaskan pemberontakan Yahudi dalam: Revolusi Yahudi Pertama (66–74 SM).
Dalam kempen itu, boleh kata Rom musnahkan Haikal Kedua hingga ke tapaknya.
Pemusnahan ini disusuli dengan pengusiran besar-besaran orang Yahudi dari tanah mereka. Pengusiran tersebut lantas mewujudkan diaspora Yahudi yang bertahan selama hampir dua millennia.
[Mana Haikal Sulaiman Hari Ini?]
Tapak Haikal Sulaiman kini menempatkan dua struktur penting umat Islam: Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Al-Sakhrah (Dome of the Rock). Kawasan ini dikenali sebagai Haram al-Sharif oleh umat Islam dan Temple Mount (Har haBayīt) oleh orang Yahudi.
Di bawah pemerintahan Israel moden, kawasan ini menjadi titik konflik utama. Beberapa gerakan nasionalis Yahudi dan golongan Ortodoks bercita-cita untuk membina semula Haikal di lokasi asalnya.
Walaupun usaha pembinaan semula belum berlaku secara rasmi, aktiviti arkeologi di kawasan tersebut sering cetuskan api kontroversi. Tuntutan terhadap tapak suci ini menjadi salah satu isu paling sensitif dalam konflik Israel-Palestin hari ini.
Demikianlah, sejarah Haikal Sulaiman bukan saja kisah pasal runtuhnya sebuah struktur, tetapi ia jadi simbol bagaimana konflik antara kuasa, kepercayaan, dan geopolitik membentuk dunia moden hari ini.
Peristiwa-peristiwa ini jadi peringatan bahawa sejarah sentiasa relevan bagi memahami konflik dan hubungan antarabangsa hari ini.
—-
Anda minat nak belajar pasal Palestin, tapi tak tahu nak mula di mana?
Kami perkenalkan buku terbaharu kami:
Palestin: Dari Sungai Ke Segara!
Buku ini ditulis oleh penulis best-seller kami:
Dengan gaya penulisan yang mudah, kini anda tak perlu lagi garu kepala untuk faham sejarah Palestin.
Jangan tunggu, dapatkan sekarang dengan promosi berbaloi!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source