Ada Asteroid Bakal Menghentam Bumi Pada Tahun 2032?

Baru-baru ini saintis di Chile yang meninjau pergerakan asteroid menggunakan teleskop Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System (ATLAS) telah mengesan satu asteroid yang akan mengancam Bumi, iaitu 2024 YRA.
Mereka menjangkakan bahawa asteroid 2024 YRA akan menghentam Bumi pada tahun 2032, iaitu tujuh tahun dari sekarang! Adakah kita akan mengalami peristiwa asteroid menghempas Buni seperti zaman dinosaur?
Untuk memahami lebih lanjut, mari kita berkenalan dengan asteroid 2024 YRA. Asteroid yang berasal dari Lingkaran Asteroid ini telah lama dipantau oleh para pengkaji sejak sebulan lepas kerana ia mula bergerak menuju ke orbit Bumi.
Sekarang, kedudukan asteroid 2024 YRA berada di 100,000 kilometer (km) dari Bumi. Melalui pengiraan laluan asteroid ini, pada tarikh 22 Disember 2032, Bumi akan menghampiri asteroid tersebut dan berkemungkinan besar perlanggaran dua badan cakerawala ini bakal terjadi!
Jika berlaku perlanggaran, adakah kita akan mengalami nasib yang sana dengan dinosaur, atau lebih teruk permukaan Bumi akan hancur?
Saiz asteroid 2024 YRA sebenarnya masih tidak diketahui. Pengkaji hanya dapat mengesan rupa asteroid seperti titik putih di angkasa walaupun telah gunakan teleskop paling canggih.
Berdasarkan peratus cahaya yang dipantul dari asteroid tersebut, mereka jangkakan saiz asteroid 2024 YRA ialah sekitar 40 hingga 100 meter (m). Kandungan asteorid ini pula mereka juga jangkakan bahawa ia terdiri dari batu.
Jika kandungan asteroid 2024 YRA ialah batu, mungkin impak hempasannya seperti peristiwa Tunguska yang terjadi pada tahun 1908, di mana terjadinya letusan asteroid di langit hutan Tunguska, Siberia sehingga banyak pokok menghempas tanah dengan keluasan 2,200 kilometer persegi!
Jika asteroid 2024 YRA tiba ke permukaan Bumi setelah mengharungi rintangan atmosfera, kawah akan terbentuk dengan kedalaman lebih 100 meter dan seluas satu kilometer.
Walau bagaimanapun, kiraan para ahli astronomi hanya jangkaan saja tapi asteroid 2024 YRA masih kekal berada di laluannya menghampiri Bumi. Peristiwa asteroid menghentam Bumi sebenarnya kejadian yang tidak dapat dielak kerana begitulah nasib planet yang sentiasa dikelilingi oleh asteorid yang berasal dari saki-baki pembentukan Sistem Suria.
Sepanjang 3 bilion tahun sejak Bumi berputar, telah banyak haiwan dan tumbuhan menjadi penghuni tetap Bumi, hentaman asteroid telah menjadi sebahagian dari fenomena alam semesta. Dinosaur pula telah menjadi saksi hentaman asteroid yang mengakibatkan kepupusan besar-besaran pada 66 juta tahun dulu.
Sama ada kita akan mengalami nasib yang sama seperti dinosaur atau berpeluang dapat mendengar berita asteroid tidak menghempas Bumi, kita bakal mengetahuinya nanti pada tarikh 22 Disember 2032!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source