Saya tak layak jadi duta besar ke AS, Ong beritahu Nazri


PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, berkata beliau tidak layak menjadi duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) menggantikan Nazri Aziz yang mendakwanya melobi untuk jawatan itu.
Walaupun beliau yakin boleh melakukannya lebih baik daripada Nazri – yang kontraknya tamat hari ini – Ong berkata, ada calon lain yang difikirkannya lebih sesuai untuk peranan itu.
“Cara pemikiran Nazri sangat ‘old school (pemikiran lama) Umno’…memikirkan orang lain mengejar jawatan ini atau itu,” kata Ong yang juga bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
“Saya tak layak berdasarkan kriteria pertama yang saya kemukakan – saya tiada akses langsung kepada (Perdana Menteri) Anwar (Ibrahim).”
Ong yang semalam mendakwa Nazri gagal mengatur panggilan telefon Anwar dengan Presiden AS, Donald Trump, mencadangkan lima nama untuk pertimbangan Putrajaya sebagai duta Malaysia ke AS baharu.
Mereka adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, bekas pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak, bekas Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia Faiz Abdullah.
Ong berkata, pengganti Nazri perlu mempunyai akses terus kepada Anwar untuk menyampaikan maklumat penting mengenai hubungan dua hala dan memberi cadangan cara terbaik mengadakan libat urus dengan Trump, Kabinet serta Kongresnya.
Selain mempunyai akses kepada anggota Kabinet utama untuk mengesyorkan kedudukan dasar strategik, katanya, pengganti Nazri perlu melibatkan diri secara terbuka dan persendirian dengan pemegang berkepentingan utama dalam struktur kuasa AS.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source