Alexandria: Syurga Buku Dan Para Ilmuan Pada Zaman Alexander!
Jika dunia Islam kita ada Baghdad sebagai syurga buku, begitu juga dengan dunia tamadun Yunani Kuno, di mana mereka ada syurga buku dan tempat ramai para ilmuan berkumpul yang dikenali dengan nama Alexandria!
Alexandria ditubuhkan oleh penakluk dari kerajaan Macedonia yang sangat terkenal, iaitu Alexander The Great pada tahun 331 SM. Tujuan penububan kota ini ialah sebagai pusat menyatukan seluruh empayar di bawah taklukannya!
Alexandria dibina berhampiran kawasan delta Sungai Nil bagi memastikan kota ini berperanan sebagai hub maritim dan pusat perlabuhan utama menghubungkan seluruh wilayah sekitar Laut Mediterranean.
Setelah kemangkatan Alexander, jeneral kepercayaannya bernama Ptolemy menjadikan wilayah Mesir sebagai kerajaannya bernama Ptolemaic serta jadikan Alexandria sebagai ibu kota.
Misi Ptolemy memakmurkan Alexandria berbeza dengan bekas pemerintahnya, iaitu menjadikan ibu kota tersebut sebagai pusat penyebaran ilmu dunia dan pusat pengumpulan para sarjana terkenal!
Ptolemy terikut-ikut impian gurunya bernama Aristotle. Semasa hidup, Aristotle dikenali ramai sebagai hali falsafah dan beliau berimpian menubuhkan sebuah tempat pengumpulan ilmu-ilmu seluruh dunia, kemudian mengajarkan kepada generasi muda sambil sebarkan ilmu-ilmu tersebut
Di sinilah beliau tubuhkan sebuah universiti pertama dalam sejarah bernama Lyceum yang terletak di negara kota Athens. Secara tak lansung, Athens menjadi sebuah kota para ilmuan dalam tamadun Yunani Kuno.
Dari impian Aristotle inilah Ptolemy membawa impian gurunya menjadi impiannya, iaitu jadikan Alexandria sebagai hub ilmuan. Baginda mengumpulkan banyak artifak dan manuskrip dari seluruh Eropah dan luar Eropah, kemudian tertubuhnya dua bangunan terpenting iaitu Perpustakaan Agung Alexandria dan muzium dan dewan pembelajaran bernama Musaeum.
Dari usaha Ptolemy, Alexandria menjadi destinasi utama untuk para ilmuan berkumpul dan berkongsi ilmu yang mereka amal dan dipelajari. Sehinggalah ramai ilmuan datang demi mempelajari ilmu dari dua orang ahli falsafah terkenal iaitu Plato dan Pythagoras.
Mereka yang mempelajari ilmu Plato dan Pythagoras digelar sebagai ‘Neoplatonists’ dan ‘Neopythagoreans’ kerana mereka masukkan ilmu matematik dalam agama bagi memahami bagaimana alam semesta berfungsi. Beginilah impak Alexandria kepada para ilmuan yang sangat dahagakan ilmu!
Masuk abad ke-7 Masihi, ajaran Kristian semakin berkembang dan telah banyak gereja Kristian Katolik ditubuhkan. Alexandria menjadi tempat ramai para ilmuan menganut Krisitan berkumpul dan juga menjadi tempat berdebat dengan para ilmuan yang masih berkiblatkan falsafah tamadun Yunani Kuno.
Pertembungan kedua-dua golongan ilmuan ini menyebabkan perbalahan berlaku sehingga terjadinya kes penghapuskan seorang ahli falsafah wanita terkenal bernama Hypatia akibat difitnah oleh paderi Bishop Alexandria, atas tuduhan wanita yang dedikasikan dirinya dalam ilmu falsafah sebagai ahli sihir.
Tapi tak semua ilmuan berkiblatkan Kristian bersikap sedemikian. Ada juga ilmuan yang terbuka mindanya seperti Origen dan St. Clement yang terapkan ilmu falsafah Yunani dalam ajaran Kristian bagi menguatkan keimanan mereka.
Walaupun Alexandria menjadi saksi pertembungan kedua-dua ilmuan yang berbeza anutan agama, tapi syurga buku ini akhirnya tiba di penghujung zaman pada tahun 642 Masihi, di mana pasukan tentera Arab yang diketuai oleh jeneral Amr ibn al-As dari kerajaan Khulafa Al-Rasyidin tiba menakluk Alexandria.
Sejak penaklukan tersebut, Baghdad menggantikan Alexandria sebagai syurga buku dan ilmuan dalam dunia Islam. Sekarang, Alexandria masih lagi utuh berdiri dan digelar sebagai kota kedua terbesar di Mesir. Walaupuk begitu, sejarah Alexandria sebagai syurga buku dan ilmuan masih lagi tidak dipadam!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source