Modenas dan Proton Pernah Masuk MotoGP? Betul Ke?
Bila sebut nama Modenas, ramai yang terus terbayang motosikal kapcai macam Kriss MR1, Dinamik atau paling besar pun Dominar D400.
Tapi, pernah tak korang dengar yang Modenas pernah berlumba dalam MotoGP?
Malah, bukan sekadar masuk, tapi siap ada pasukan sendiri! Dan kalau korang rasa itu dah cukup gempak, tunggu dulu… sebab selepas Modenas, Proton pula masuk MotoGP!
Tapi kenapa sekarang tak ada lagi pasukan MotoGP dari Malaysia? Jom kita selongkar kisah Modenas KR3 dan Proton KR5, jentera lumba tempatan yang hampir mencabar gergasi dunia!
[Bermula Dari Impian King Kenny]
Semuanya bermula dengan seorang legenda MotoGP bernama Kenny Roberts Sr. Seorang bekas juara dunia tiga kali yang ingin mencabar dominasi pasukan Jepun dalam kelas 500cc.
Beliau meninggalkan Yamaha Racing pada tahun 1996 dan menubuhkan Team KR dengan hasrat membangunkan jentera perlumbaan sendiri.
Tapi ada satu masalah besar iaitu duit.
Nak bersaing dalam MotoGP perlukan modal besar. Pasukan lain macam Honda, Yamaha dan Suzuki ada sokongan penuh dari syarikat gergasi.
King Kenny pula kena cari pelabur sendiri. Masa inilah Modenas muncul sebagai penyelamat!
[Modenas KR3 – Senjata Rahsia Dari Gurun, Kedah]
Modenas yang ketika itu baru beberapa tahun ditubuhkan bersetuju untuk bekerjasama dengan Team KR.
Maka lahirlah Modenas KR3, sebuah jentera enjin 3 silinder 2 lejang 498cc yang unik dan berbeza dari pesaing lain yang guna enjin 4 silinder.
King Kenny yakin bahawa reka bentuk enjin ini lebih ringan dan kompak membolehkan motosikal lebih aerodinamik dan mudah dikawal di selekoh.
Tambahan pula, strategi ini pernah berjaya dengan Honda NS500 yang digunakan oleh Freddie Spencer pada awal 80-an.
Jadi, dengan enjin pelik dan pasukan kecil dari Malaysia, Modenas-Team KR pun menyertai perlumbaan MotoGP 1997 dengan Jean Michel Bayle dan Kenny Roberts Jr. sebagai pelumba mereka.
[Tapi… Kenapa Modenas KR3 Gagal?]
Walaupun konsep enjin V3 itu menarik, masalahnya jentera ini masih berat berbanding pesaing lain.
Untuk mengatasi kelemahan ini, pasukan Modenas bekerja rapat dengan Lotus dan Tom Walkinshaw Racing (TWR) bagi meningkatkan aerodinamik dan memperbaiki casis.
Malangnya, keputusan di litar tetap mengecewakan. Sepanjang tiga musim berlumba (1997-2000), tiada satu pun kemenangan dicapai.
Tekanan semakin meningkat dan akhirnya Modenas menarik diri pada tahun 2000.
Tapi… kisah tak terhenti di sini.
Pada tahun 2001, ketika pasukan Team KR hampir berkubur, Proton tiba-tiba muncul sebagai penyelamat baru.
Syarikat kereta nasional ini mengambil alih pasukan dan menamakannya semula sebagai Proton Team KR.
Bunyi macam pelik kan? Sebuah syarikat kereta masuk MotoGP, walhal Proton tak pernah buat motosikal pun!
Tapi ketika itu, Proton diterajui oleh Tan Sri Tengku Mahaleel, seorang yang cukup agresif dalam membawa jenama Proton ke peringkat antarabangsa.
Dengan Proton di belakang mereka, pasukan ini meneruskan projek KR3, tetapi cabaran semakin sukar.
Pada tahun 2002, MotoGP bertukar dari enjin 500cc 2 lejang ke enjin 990cc 4 lejang yang jauh lebih berkuasa.
KR3 mula ketinggalan walaupun sempat mencipta kejutan dengan mendapat petak pertama di GP Australia 2002 menerusi Jeremy McWilliams.
Namun, itu tak cukup untuk Proton. Kalau nak menang, mereka perlukan jentera baru.
[Proton KR5 – Cuba Tiru Honda, Tapi…]
Pada tahun 2003, Proton Team KR memperkenalkan KR5, jentera 5 silinder V (V5) 990cc yang diinspirasikan dari Honda RC211V, motosikal yang ketika itu mendominasi MotoGP dengan Valentino Rossi.
Untuk memastikan mereka ada teknologi terbaik, pasukan Formula 1 Lotus juga turun membantu mereka membina casis dan aerodinamik jentera ini.
Dari atas kertas, Proton KR5 nampak seperti pesaing yang cukup berbahaya…
KR5 tak menjadi langsung.
Walaupun enjin lebih kuat, ia gagal menandingi pasukan lain dari segi kelajuan dan ketahanan. Ditambah pula dengan kos operasi yang semakin meningkat, Proton akhirnya menarik diri pada akhir musim 2004.
[Apa Yang Jadi Lepas Tu?]
Selepas Proton keluar dari MotoGP, Team KR cuba bertahan dengan bantuan KTM (2005) dan Honda (2006), tapi prestasi mereka tak pernah kembali ke tahap terbaik.
Akhirnya, pada tahun 2007, Team KR pun berkubur dari MotoGP.
Bagi Modenas pula, mereka kembali fokus kepada motosikal bajet seperti Kriss dan Dinamik.
Harapan rakyat Malaysia untuk melihat superbike buatan tempatan akhirnya tinggal impian semata-mata.
[Apa Pengajaran Dari Kisah Ini?]
Kisah Modenas dan Proton dalam MotoGP membuktikan bahawa Malaysia pernah berani mencabar dunia permotoran, tapi tanpa sokongan jangka panjang dan pelaburan besar, kita tak mampu bertahan.
Boleh ke kita kembali ke MotoGP satu hari nanti?
Mungkin. Dengan kerjasama Modenas dan Bajaj sekarang, ada potensi untuk mereka membina motosikal yang lebih berkuasa dan canggih. Tapi buat masa ini, kita hanya boleh berharap.
Sekurang-kurangnya, kita masih boleh berbangga bahawa Modenas dan Proton pernah berlumba di MotoGP. Sesuatu yang bukan semua negara boleh capai!
Jadi, apa pendapat korang? Kalau diberi peluang, patut tak Malaysia cuba masuk MotoGP semula?
Kalau korang rasa nak jadi bijak menguruskan wang, korang wajib baca BANGSA ENAM ANGKA!
Inilah buku panduan yang lengkap untuk korang uruskan wang!
Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/1LQmvfRx24
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source