Anunnaki: Dewa-Dewi Mesopotamia Yang Dianggap Sebagai Pencipta Manusia!
Setiap tamadun mesti ada mitos masing-masing, sama ada ceritakan asal-usul kehidupan serta memahami fenomena semula jadi. Antara mitos yang terkenal ialah kumpulan dewa-dewi tamadun Mesopotamia bernama Anunnaki.
Anunnaki ialah kumpulan dewa-dewi dari mitologi kaum dan kerajaan Sumer, Akkad, Assyria, dan Babylon kuno. Dewa-dewi ini ialah generasi yang lahir dari hubungan pasangan dewa langit bernama Anu/An dan dewi bumi bernama Ki. Nama Anunnaki juga bermaksud ‘generasi Anu’.
Dalam mitologi orang Sumer, Anunnaki terdiri dari tujuh dewa-dewi iaitu Anu, Enlil, Enki, Ninhursag, Nanna, Utu, dan Inanna. Kumpulan dewa-dewi ini dikatakan menetap dan berkuasa di syurga dan bertugas menentukan nasib umat manusia.
Setiap negara kota Sumer mempunyai dewa atau dewi utama yang disembah oleh rakyat kota. Mereka percaya bahawa dewa dan dewi yang mereka berperanan sebagai pelindung negara kota.
Dewa-dewi Anunnaki juga mempunyai ‘tubuh’ alam semesta tersendiri. Dewi Inanna dipercayai adalah planet Kejora atau Zuhrah. Dewa Utu pula ialah matahari manakala dewi Nanna ialah bulan.
Dewa Enki dan Enlil agak berbeza. Persona Enki dipercayai ialah langit utara manakala persona Enlil ialah langit selatan mengikut panduan orang Sumer melihat langit.
Setelah kita faham tentang Anunnaki, persoalan utamanya ialah adakah Anunnaki ini dewa-dewi yang mencipta manusia?
Persoalan ini pernah dibangkitkan oleh golongan pesudosains yang percaya bahawa makhluk asing di angkasa ialah tuhan atau dewa-dewi zaman kuno. Mereka ini dipanggil sebagai golongan teori Ancient Astronaut atau Angkasawan Kuno.
Dalam pencarian ‘jawapan’ tentang siapakah makhluk asing yang sebenar, mereka mempercayai bahawa Anunnaki ialah ‘tuhan’ yang mencipta manusia moden.
Teori Anunnaki ini bermula dari buku bertajuk The Twelfth Planet, karya Zecharia Sitchin yang diterbitkan pada tahun 1976. Beliau mendakwa bahawa Anunnaki sebenarnya spesis makhluk asing bertubuh manusia dari planet Nibiru, tiba di Bumi pada 500,000 tahun lalu dan membina koloni untuk melombong emas.
Anunnaki juga hibrid-kan spesis mereka dengan spesis ‘Homo erectus’ melalui pensenyawaan ‘in-vitro’ untuk mencipta manusia baru yang bertugas untuk melombong emas. Anunnaki kemudian terpaksa tinggalkan Bumi kerana koloni mereka ditenggelamkan oleh banjir besar pencairan glasier.
Dalam buku The End of Days: Armageddon and the Prophecy of the Return (2007), Sitchin menjangkakan bahawa Anunnaki akan kembali ke Bumi bermula dari tahun 2012 seiring dengan penamat kalendar kaum Maya yang pernah popular.
Walaupun kusah Sitchin nampak menyakinkan, tapi ramai sejarawan menolak dakwaan Sitchin kerana kenyataannya dan tulisannya penuh dengan ‘pseudo-arkeologi’. Menurut mereka, Sitchin salah tafsir manuskrip-manuskrip Sumer tentang Anunnaki sehingga membawa maksud yang terlalu jauh dari maksud sebenar.
Selagi Anunnaki tidak berkaitan dengan penciptaan manusia moden dan bukti melalui rekod dan penemuan artifak, selagi itulah teori Anunnaki sebagai pencipta ditolaj seratus-peratus.
.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source