Undang-Undang Kawalan Bau Di Jepun!
Baru-baru ini kecoh juga isu seorang warga asing yang diminta untuk mandi pagi sebelum naik pengangkutan awam. Yalah, waktu pagi sepatutnya kita sedut bau yang segar, bukannya bau badan orang tak mandi pagi! Tapi, tahukah anda, di Jepun, ada undang-undang khas untuk kawal bau yang tak menyenangkan ini?
Ini bukan kisah kelakar yang sengaja dicipta. Tapi, undang-undang kawalan bau memang benar-benar wujud di Jepun. Undang-undang ini telah dikuatkuasakan pada tahun 1972, yang dipanggil sebagai ‘Undang-Undang Kawalan Bau Tak Menyenangkan.’
Sebenarnya, pada awal penguatkuasaan undang-undang ini, ia adalah bertujuan untuk mengawal pelbagai pencemaran udara, bunyi dan bau yang meningkat pada sekitar tahun 1970-an. Ketika itu, banyak aduan daripada masyarakat akibat masalah pencemaran bau dan udara yang sangat ketara di Jepun.
Sejak itu, jumlah aduan masyarakat semakin berkurangan. Malah, ada banyak dibuat ke arah penambahbaikan di bawah undang-undang ini. Walau bagaimanapun, jumlah itu meningkat sedikit demi sedikit selepas tahun 1990.
Salah satu punca peningkatan ini ialah orang ramai menjadi peka terhadap bau yang dikeluarkan dalam kehidupan seharian. Aduan mengenai bau daripada industri penternakan dan kilang pembuatan semakin berkurangan, tapi aduan tentang industri perkhidmatan dan isi rumah persendirian pula semakin meningkat.
Dan, dengan adanya undang-undang ini, ia sebenarnya turut membantu mengatasi satu masalah gangguan baharu di tempat kerja Jepun, iaitu ‘gangguan bau’ yang boleh mengurangkan produktiviti kerja.
Pernah tak anda ada rakan sekerja yang berbau busuk sehingga anda berasa mual berada di dekat mereka dan tidak dapat memberi tumpuan kepada kerja anda? Kini terdapat istilah untuk itu di Jepun: gangguan bau, atau istilah pendeknya, sume-hara (スメハラ), yang merujuk kepada membuat seseorang tidak selesa melalui bau tak menyenangkan yang kuat seperti bau badan dan nafas berbau.
Sume-hara boleh menjejaskan prestasi tempat kerja dan kesejahteraan pekerja, dan para syarikat di Jepun mula mengambil perhatian. Meskipun mereka yang melakukannya tidaklah dihukum secara keras di bawah undang-undang kawalan bau, namun, syarikat korporat mengambil pendekatan cepat untuk memberi didikan awal kepada para pekerjanya.
Sebagai contohnya, syarikat kosmetik Osaka Mandom memasukkan bab pencegahan bau badan dalam seminarnya untuk pekerja baharu. Kai Corporation pula telah berjanji untuk memasang penapis udara tercanggih untuk memerangi bau dan menambah baik persekitaran kerja.
Jadi, anda ada alami peristiwa ‘gangguan bau’ seperti ini ketika bekerja? Mungkin jika ia semakin teruk, kita juga patut kuatkuasakan undang-undang yang sama di sini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source