Ada Keju Melayu Dihasilkan Di Terengganu?
Ketika masyarakat hari ini mula sedar akan kepentingan probiotik, rupa-rupanya orang Melayu dulu sudah lama menghasilkan probiotik mereka yang tersendiri. Ya, inilah probiotik asli yang dihasilkan daripada susu kerbau!
Memperkenalkan, susu masam yang kadangkala disebut juga sebagai keju atau yogurt Melayu. Ini sebenarnya adalah antara hidangan tradisi di Terengganu, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan Kuala Berang.
Bagaimana penghasilan susu kerbau masam ini dilakukan?
Pertama sekali, kenapa susu kerbau dipilih untuk menghasilkan susu masam ini, dan bukannya susu lembu atau susu kambing? Sebenarnya, susu kerbau ini ada banyak khasiatnya yang tersendiri. Jika kalian biasa minum susu, kalian akan perasan bahawa ada perbezaan antara susu kerbau dan susu lembu.
Susu kerbau biasanya berwarna lebih putih berbanding susu lembu, malah kandungan protein yang terdapat dalam susu kerbau juga jauh lebih tinggi daripada susu lain. Paling utama, susu kerbau ini mempunyai kandungan probiotik yang tinggi, sekaligus menjadikannya sangat sesuai bagi penghasilan susu masam tadi.
Penghasilan susu kerbau masam ini bermula dengan membersihkan batang buluh yang akan digunakan untuk mengisi susu kerbau. Batang buluh ini perlu dibersihkan dengan teliti sebelum proses dimulakan dan dijemur sehingga kering untuk mengelakkan percampuran antara air dan susu ketika proses memasukkannya nanti.
Setelah itu, proses pengumpulan susu kerbau yang baru diperah (susu segar) dilakukan. Susu kerbau yang segar ini akan ditapis dan dimasukkan terus ke dalam batang buluh bersih tadi tanpa sebarang campuran bahan lain.
Susu kerbau yang berada di dalam buluh dibiarkan semalaman sehingga beku (proses fermentasi) seperti dadih sebelum boleh dimakan. Pembuatan susu kerbau masam ini ada pantang larang iaitu tidak boleh dicampur dengan air, jadi bekas dan buluh digunakan dipastikan betul-betul kering bagi memastikan susu itu beku dengan sempurna.
Menarik tentang susu kerbau masam ini adalah rasanya lain dan tidak sama seperti susu kambing yang berbau hamis dan ia bagus untuk usus dan kesihatan badan serta mempunyai tekstur seakan-akan yogurt.
Kenapa orang Melayu dahulu menghasilkan susu masam?
Ini kerana, pada zaman dahulu orang masih tidak memiliki peti ais untuk menyimpan susu segar. Lebihan susu yang dinikmati itu disimpan dengan cara ini lalu terhasilnya susu masam tersebut.
Di Terengganu, susu masam ini biasanya dinikmati bersama budu atau tempoyak yang dimakan bersama nasi bagi melengkapkan rasanya. Ada sesetengahnya pula menikmati susu masam ni secara terus dengan hanya menambah garam dan gula secukup rasa biasanya.
Jika anda sukakan yogurt atau keju, mungkin sesekali anda boleh menukar selera untuk menikmati sumber probiotik asli daripada susu masam ini dalam hidangan anda.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source