Jawatan Kabinet Sarawak, Abd Karim serah kepada premier

KUCHING: Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan keputusan berhubung jawatannya dalam Jemaah Menteri Sarawak kepada Premier Abang Johari Openg, berikutan kekalahannya dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam.
Abdul Karim yang memegang dua portfolio dalam Jemaah Menteri negeri berkata, sebarang urusan berhubung pelantikan anggota Jemaah Menteri hak Abang Johari.
“Sama ada keputusan pilihan raya (parti) akan beri kesan kepada saya atau tidak, saya perlu bincang dengan beliau (Abang Johari) kerana jika perwakilan sudah buat keputusan, saya tidak akan menyusahkan beliau.
“Mungkin saya perlu duduk berbincang dengannya dan lihat sama ada beliau perlu pertimbangkan kemungkinan lain, seperti merombak Kabinet.
“Saya sedia lepaskan (jawatan) kerana sebenarnya tiada siapa yang lebih besar daripada parti … parti sudah buat keputusan,” katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung PBB ke-16 hari ini.
Ketika ini, Abdul Karim memegang jawatan sebagai menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan, serta menteri belia, sukan dan pembangunan usahawan Sarawak.
Pagi tadi, pengerusi pemilihan PBB Awang Bemee Awang Ali Basah mengumumkan Abdul Karim gagal mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden sayap Bumiputera PBB dalam pemilihan parti semalam.
Beliau memperoleh 669 undi, meletakkannya di tempat kelima daripada enam calon. Hanya empat calon yang mendapat undian tertinggi akan memperolehi jawatan naib presiden.
Lebih 4,000 perwakilan menghadiri perhimpunan agung parti selama tiga hari yang bermula Jumaat lepas.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source