Apa Buku Paling Pelik Di Dunia?
Genrenya dikatakan sains fiksyen, namun buku yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1981 ini mempunyai banyak perkara yang sangat ‘mengganggu’ pembaca. Malah, bahasanya juga langsung tidak difahami!
Inilah buku yang dikatakan paling pelik di dunia setakat ini, yang berjudul Codex Seraphinianus. Buku seni ini bukanlah seperti buku seni yang biasa. Ada sesetengah mengatakannya sebagai unik, tapi sangat mengganggu. Ia sangat sukar untuk digambarkan.
Seorang pakar seni Itali, Luigi Serafini menggambarkan Codex Seraphinianus sebagai tingkap di dunia fantasi pelik lengkap dengan abjadnya yang unik (tidak boleh dibaca) dan banyak ilustrasi yang meminjam dari zaman moden tetapi kemudiannya beralih kepada ilustrasi yang luar biasa.
Ia pertama kali diterbitkan dalam dua jilid oleh Franco Maria Ricci pada tahun 1981. Kemudian muncul edisi Amerika 1983 yang diterbitkan oleh Abbeville sebanyak 370 halaman. Terdapat juga edisi jilid tunggal 1993 dan edisi tahun 2013 terbaru yang diterbitkan oleh Rizzoli adalah edidi terakhirnya.
Kulit depan buku ini juga adalah berbeza-beza mengikut tahun edisi ia dikeluarkan. Dan, yang pastinya semuanya sangat unik dan pelik! Contohnya, edisi tahun 1993 mempunyai imej seorang lelaki dengan topi yang sangat tidak praktikal kelihatan menunggang llama, yang mempunyai set tanduk yang mengagumkan. Mereka berdua merenung cermin di luar bangunan batu yang menawarkan sejenis makanan berwarna terang.
Jadi, apa isi kandungan buku ini?
Secara asasnya, ia adalah sebuah ensiklopedia tentang dunia asing yang jelas menggambarkan diri kita sendiri. Setiap babnya nampaknya mengupas aspek utama dunia luar realiti ini, termasuk flora, fauna, sains, mesin, permainan dan seni bina.
Unsur-unsur dunia hari ini boleh dilihat tetapi topiknya diolah melalui gambaran yang luar biasa seperti bunga terapung, pisang yang dikupas yang mengandungi pil, kereta aneh yang dilitupi lalat, pakaian yang kelihatan pelik, seorang lelaki yang memakai kasut roda yang ditikam pada dada dengan sebatang pen, dan makhluk-makhluk aneh yang disambungkan ke kaki manusia.
Para seniman dan artis banyak membuat kajian tentang ilustrasi buku itu, ahli falsafah juga cuba menerangkan maksud buku itu, malah pemecah kod juga telah mencuba (tidak berjaya) untuk menguraikan teksnya. Para peminat fiksyen sains dan peminat fantasi menerima buku ini sebagai buku unik yang jarang diterbitkan namun, ia bukanlah untuk semua pembaca.
Anda fikir buku ini pelik? Mungkin inilah antara tanggungjawab yang perlu digalas oleh para penulis di dunia, iaitu memberi maklumat dalam cara yang difahami oleh pembaca, tidak kiralah apa jua genre pada buku tersebut.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source