Sherry Al Hadad Kongsi Tip Tampil Stailo & Versatil Buat Si Gadis Montel!

Setiap individu yang memiliki tubuh badan bersaiz besar (Plusize) pastinya mendambakan gaya yang mengikuti perkembangan fesyen semasa demi kelihatan cantik dan versatil seperti mereka yang bersaiz normal.
Tapi ramai diantara golongan plusize kurang keyakinan untuk bergaya, terutamanya dalam mengenakan warna-warna terang. Remaja berjaya mendapatkan tips perkongsian daripada pengacara dan personaliti TV, Sherry Al Hadad yang sentiasa tampil menyerlah dan stailo dalam setiap penampilan yang di peragakan olehnya!
Jangan Hiraukan Kecaman, Yang Penting Mencuba!
Menurut Sherry, sebagai figura bertubuh montel dia juga tidak pernah terlepas dari segala tohmahan, kecaman mahupun kritikan. Namun, jika terlalu asyik mendengar cakap-cakap orang susah bagi dirinya untuk maju kehadapan.
Selain itu, Sherry turut menitipkan pesan agar mereka yang bertubuh gempal yakin dalam menggayakan warna-warna bertona lembut tanpa terlalu memikirkan kelihatan lebih gemuk atau sebagainya jika ingin berfesyen dan kelihatan bergaya.
“Setiap kali Sherry berada di atas pentas atau ketika berlakon, Sherry gemar tampil dengan penampilan berfesyen. Walaupun kadang kena kecam, ada orang suka dan ada yang tidak suka. Tapi kita letak ketepi pandangan mereka, sekurang-kurangnya kita sudah mencuba.
“Selalunya golongan plusize ni, mereka takut nak menggayakan warna pastel kerana bimbang tubuh akan kelihatan lebih besar, but no guys kita akan nampak very demure, very cutesy look at me,” selorohnya.
Plusize Perlu Bijak Pilih Fabrik Selesa
Tambahnya lagi, ketika memilih fesyen yang sesuai untuk diperagakan, Sherry menitikberatkan dua perkara iaitu jenis fabrik dan keselesaan dalam menatarias gaya dan stail sebagai personaliti TV.
“Cuaca di Malaysia ni panas, jadi pemilihan fabrik amat penting terutama untuk mereka yang plusize. Jadi pastikan memilih material fabrik yang mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh.
“Dalam masa sama, wanita plusize seperti Sherry amat pentingkan keselesaan, kedua mestilah sopan.
“Sebagai plusize ni ada beberapa pekara yang kita perlu tutup, janganlah kita tunjukkan pada orang. Asalkan kita dapat menutup cela-cela dan aib tu inshaaAllah okay,” jelasnya lagi.
Misclaire x Nuritha Harith Pilihan Sherry Al Hadad!
Korang dah beli baju raya ke belum tu? Remaja juga ada berita baik, untuk korang yang bertubuh gempal tapi nak melaram sakan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti tau!
Tahun ini pelopor pakaian Plusize, Misclaire telah berkolaborasi dengan designer ternama Nuritha Harith demi menghidupkan mimpi dan impian para remaja plusize di luar sana!
Menariknya! Terdapat enam koleksi pakaian very classy, very demure yang tercipta hasil dari kolaborasi Misclaire x NH yang dilancarkan pada hari ini! Korang wajib dapatkan sebab semua koleksi direka dengan keunikkan dan keselesaan tersendiri khusus buat golongan plusize!
Sherry pun teruja tau dengan kolaborasi yang julung kali diadakan ni.
“Bila misclaire collabs dengan designer ternama seperti Nuritha Harith, pastinya ia menjadi satu benchmark kerana ramai golongan plusize yang sememangnya berminat menggayakan rekaan atau baju daripada Nuritha Harith tapi kerana kekangan dan selalunya bila kita tengok model semuanya kurus dan petite, jadi Impian tu hanyalah tinggal kenangan ya.
“Tapi kali ini bila misclaire dan Nuritha berkolaborasi bersama, adalah satu perkara yang amat menggembirakan bagi kami, bila dapat pakai baju Nuritha tu, terus rasa macam kayangan lah.
“Paling Sherry suka ialah Nuritha berani untuk mengambil warna-warna pastel,” katanya.
Untuk rekod, koleksi Pesona Raya kolaborasi antara Misclaire x Nuritha Harith boleh di dapatkan secara atas talian menerusi website Misclaire atau korang boleh walk in terus ke Butik Misclaire yang terletak di Taman Sea PJ (HQ), Sogo KL, Shah Alam, IOI Putrajaya dan Taman Damansara Aliff JB.
Sumber info dan gambar: Instagram Sherry Al Hadad
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source