Gelombang Baru Hiphop Malaysia, Ini Rappers Tempatan Yang Wajib Korang Layan!

Siapa kat sini yang memang suka sangat dengar lagu rap & hiphop? Mesti ramai kan!
Seiring berjalannya waktu, semakin banyak bakat baru dan pemuzik muda yang mencuri perhatian. Ada juga di antara mereka yang bijak berinovasi menggabungkan pengaruh tradisional dan bunyi moden, sehingga mampu mencipta identiti unik masing-masing agar dekat dengan jiwa pendengar yang dahagakan karya terbaru.
Gelombang muzik pemuzik rap dan hiphop pada masa kini juga berjaya menolak sempadan muzik dan memberi suara kepada generasi masa depan. Dan menurut penyanyi dan komposer Alyph, beliau menyifatkan kebangkitan muzik rap dan hiphop sebagai fenomena positif, tetapi menekankan perlunya sokongan komuniti yang lebih luas untuk memastikan genre ini terus berkembang.
Jadi tanpa buang masa korang lagi, meh REMAJA kongsikan beberapa nama baru dalam industri hiphop lokal yang korang wajib layan!
53 UNIVERSE
Banyak lagu yang dihasilkan oleh 53 Universe mula menjadi siulan anak muda pada masa kini. Bahkan sebelum lagu mereka ‘PP at Bukit Tabur’ yang dilancarkan pada tahun lalu seperti Gard O Gard, Homerun, M 2 Tha Sky, Step On! dan HA$BULLA ALT juga sudah pun lekat di hati para peminat. Fakta unik mengenai kumpulan ini adalah mereka terdiri daripada senior dan junior dari sekolah yang sama yang terletak di Melawati, Kuala Lumpur. Nama kumpulan ini turut diinspirasikan dari poskod kawasan Melawati iaitu 53100. Sembilan artis yang bernaung di bawah label 53 termasuklah Pele L., Fuego, Ryb3na, YBJ, Mad Muz, A2M, IMRN, AMK dan Faiz Ruzayn.

FORCEPARKBOIS
Nama mereka menjadi hangat dan bualan peminat muzik selepas melancarkan track berbahasa Melayu berjudul Lotus. Bukan setakat itu sahaja, FORCEPARKBOIS yang dianggotai oleh anak-anak muda berasal dari Johor Bahru ini mula meraih populariti lebih luas apabila rapper terkenal Korea Selatan, Jay Park melancarkan remix Lotus bersama labelnya, HIGHR Music. Kalau korang nak tahu, baru-baru ini FORCEPARKBOIS turut berkolaborasi bersama penyanyi rap tempatan hebat yang lain seperti ChronicalZ, Fuego & MK menerusi lagu berjudul ‘Money Talk’.

SLATAN
Menurut penyanyi dan juga anggota kepada kumpulan ini, GARD, SLATAN terkenal dengan konsep muzik menggunakan lingua bahasa, meme, visual unik dan dekat dengan budaya Malaysia. SLATAN terkenal sebagai sebuah kumpulan muzik yang dijalankan bersama rakan-rakan dan keluarga. Mereka terdiri daripada Ap Offgrid, Wuzgut, Gard, Quai, Shilky, Bg Rabbit, Nobi, John Nasa, Akkimwaru, Maatjet, dan Jay Station.

LAWALAH FAMILIA
Mungkin ramai yang sudah mengenali kumpulan LAWALAH FAMILIA, betul tak? Sebab terdapat beberapa nama terkenal seperti Sabbala, Rahhh 5 Kaki, Halim Redwood, Benzooloo, dan ramai lagi yang sudah mengangkat nama LAWALAH FAMILIA dalam industri muzik hiphop di Malaysia. Kumpulan ini juga siap ada sub-group seperti Lawa Nie Geng (Alabbas dan Muarrifah) yang kini bernaung di bawah Mixology Music dan juga Lawalah Borneo yang diketuai oleh Benzooloo dan MCs seperti Highrule, Syamel Izwan, dan NA$, berjaya memperkenalkan pengkarya hebat dari Sabah dan Sarawak.

Intihanya, industri muzik rap dan hiphop Malaysia kini semakin berkembang dengan kemunculan bakat-bakat baru yang penuh dengan kreativiti dan semangat. Kumpulan seperti 53 UNIVERSE, FORCEPARKBOIS, SLATAN, dan LAWALAH FAMILIA telah membuktikan bahawa genre ini bukan sahaja relevan di kalangan anak muda, tetapi juga mampu merentasi batas budaya dan memberi impak yang besar kepada masyarakat.
Dengan sokongan yang berterusan dari komuniti muzik dan pendengar setia, tidak mustahil satu hari nanti kita akan menyaksikan lebih banyak lagi penciptaan karya-karya hebat yang mampu mengangkat nama Malaysia di persada muzik global.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source