Kenapa Orang Jepun Ada Budaya Menundukkan Kepala?
Kita selalu lihat cara masyarakat Jepun menyapa orang lain dengan cara menundukkan kepala mereka. Namun, tahukah kalian bila sebenarnya budaya dan etika menundukkan kepala ini mula terbentuk dalam kalangan masyarakat Jepun?
Ia dinamakan sebagai ojigi, iaitu suatu bentuk sapaan dengan menundukkan kepala. Ojigi ini adalah satu cara komunikasi bukan lisan yang sangat penting bagi rakyat Jepun sehingga ia digambarkan dengan jelas dalam Buku Panduan Pendidikan Bahasa Jepun.
Ia adalah identiti kebangsaan Jepun. Perkataan Ojigi secara etimologinya berasal daripada perkataan ‘jigi’ yang bermaksud harapan baik semasa melakukan sesuatu. Ojigi dalam Kokugo Jiten bermaksud menundukkan kepala dan memberi salam. Ada penyelidik menjelaskan bahawa ojigi adalah memberi salam dan menundukkan kepala.
Selain itu, maksud-maksud lain bagi ojigi ini juga merangkumi
- Salam dengan menundukkan kepala
- Penolakan
- perletakan jawatan,
- Keengganan
- Bantahan
Dikatakan, budaya menundukkan kepala ini telah diamalkan oleh orang Jepun sejak zaman Yayoi. Dalam teks disebutkan bahawa orang pada zaman itu menyatukan dua tangan apabila berhajat kepada Tuhan. Sebelum berdoa, mereka akan bertepuk tangan dan menundukkan kepala. Pada masa kini, tiada lagi amalan bertepuk tangan, namun etika menundukkan kepala ini masih menjadi dipraktikkan.
Terdapat pelbagai jenis cara menundukkan kepala mengikut situasi tertentu, iaitu:
- Eshaku – Ini ialah menundukkan kepala cara kasual yang biasanya bermaksud “hello”, dan ia boleh digunakan apabila anda bertemu rakan atau rakan sekerja. Ia tidaklah dilakukan terlalu lama kerana hanya etika kasual sahaja.
- Keirei – Ini ialah gaya yang lebih formal yang boleh kita gunakan dalam situasi perniagaan apabila perlu menunjukkan rasa terima kasih atau sebagai cara untuk menyapa seseorang dengan hormat. Dalam keadaan ini kita harus tunduk lebih lama sedikit daripada Eshaku.
- Saikeirei- Saikeirei adalah gaya yang paling hormat dan formal. Ia tidak digunakan sekerap dua yang lain, jadi ia biasanya untuk acara yang lebih penting. Cara tunduk saikerei digunakan apabila seseorang perlu meminta maaf atas kesilapan besar atau apabila meminta bantuan daripada pihak atasan.
Konsep menundukkan kepala ini adalah mudah dan pada asasnya menunjukkan bahawa walau apa pun status sosial anda, adalah penting untuk sentiasa merendah diri. Tunduk menunjukkan kepada orang lain bahawa anda meletakkan mereka di atas diri anda dan bahawa anda berterima kasih atas interaksi anda dengan mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source