Datuk, 2 cucu maut dalam kebakaran di Labuan

PETALING JAYA: Seorang warga emas dan dua cucunya maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat di Labuan, tengah malam tadi.
Mangsa, Morris Chong Hoon Cheung, 65, ditemui rentung di dapur manakala cucunya, Shahwin Kind Chong Shahmioon, 11, dan Shayviann Kyrona Ruby, 8, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di lokasi, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali, berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah malam.
Katanya, dua pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dan BBP Layangan kemudiannya dikejarkan ke lokasi sejauh tujuh kilometer itu.
“Terdapat lima lagi mangsa terperangkap dalam rumah tersebut melibatkan empat kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa.
“Dalam kejadian itu, empat kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri telah berjaya dikeluarkan oleh anggota. Mereka diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan awal di lokasi.
“Tiga daripada mereka diberi bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun dua daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Manakala katanya, dua lagi kanak-kanak yang cedera masing-masing berusia 13 dan 12 tahun kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Hasil pemeriksaan lanjut pihak bomba kemudian menemui seorang mangsa rentung di bahagian dapur dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi memadam kebakaran ditamatkan pada 2.22 pagi,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source