Lancar sambung surah Al-A’laa, Zahiril Adzim kongsi selalu baca dalam solat – Oh My Media
Pelakon Zahiril Adzim atau nama sebenar Muhammad Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, 41,berkongsi surah Al-A’laa merupakan surah kegemarannya dan sering membaca dalam solat.
Zahiril berkata, surah berkenaan mengingatkan dirinya mengenai sifat dunia yang tidak kekal dan hanya sementara sahaja buat manusia.
“Masa solat saya selalu baca, ini surah kegemaran saya. Surah ini mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak kekal,” katanya.
Zahiril Adzim kongsi selalu baca surah Al-A’laa
Suami kepada pelakon dan pengacara, Shera Aiyob berkata, dia yakin setiap surah yang menjadi kesukaan seseorang pasti mempunyai sebab tersendiri.
“Saya suka surah ini sebab selalu ingatkan saya. Apa yang saya tahu, kalau kita suka satu surah, Allah pasti akan bagi sebab kenapa kita suka surah tersebut. Allah nak beri peringatan.
“Jadi saya selalu ingatkan diri bahawa dunia ini sementara, yang kekal hanya akhirat,”kongsi pelakon drama Andai Tiada Dia.
Zahiril berkongsi demikian ketika menyahut cabaran menyambung bacaan ayat suci al-Quran daripada Surah Al-A’laa ketika diminta oleh pempengaruh, Qawiy.
Artikel lain: Netizen terpegun dengar suara Amira Othman mengaji – “Milik siapa gadis ini..”
Rata-rata netizen memuji dan kagum dengan kefasihan Zahiril membaca Al-Quran serta kegigihannya memahami maksud surah tersebut.
Malah, ramai turut berpendapat Zahiril bukan sahaja mempunyai bakat besar dalam dunia lakonan, tetapi juga memiliki pegangan agama yang baik.
Sumber: TikTok qawiyaro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source