Isteri Fizo Omar Hamil Cahaya Mata Ketiga. Tahniah!
Aktor dan hos popular, Fizo Omar mengumumkan berita gembira bahawa isteri tercintanya, Fazeera Nazri, kini sedang hamil cahaya mata ketiga mereka.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Fizo berkongsi kegembiraan tersebut dengan para pengikutnya.
ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower Isteri Fizo Omar Berjaya Genggam Ijazah Kelas Pertama. Tahniah!
“Dapat adik baru. Alhamdulillah. Kakak dan adik kena get ready untuk menjadi kakak-kakak yang baik,” coretnya di ruangan kapsyen.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 40 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kurniaan tersebut.
“Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu.
ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL. Tahniah!
“Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini,” katanya.
Fizo turut menyifatkan bahawa kehadiran cahaya mata itu membawa kebahagiaan yang tidak ternilai.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepadaMu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” tambahnya.
Sekadar info, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan telah dikurniakan dua orang anak perempuan, Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Sebelum itu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim, namun bercerai pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Syariah Hulu Langat. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The post Isteri Fizo Omar Hamil Cahaya Mata Ketiga. Tahniah! appeared first on Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source