Mormon Church nafi dakwah orang Islam di Malaysia

PETALING JAYA: The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints atau lebih dikenali Mormon Church secara rasmi menafikan sukarelawan daripada denominasinya berdakwah kepada orang Islam di Malaysia.
Dalam kenyataan, ia mengambil berat berkait ‘salah tafsir membahayakan ke atas sukarelawan mudanya’, dalam artikel diterbitkan FMT semalam.
“Berhubung salah tafsir dalam laporan media baru-baru ini terhadap sukarelawan muda berdakwah kepada orang Islam, The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints ingin menjelaskan sukarelawan mudanya tidak akan dan tidak pernah berdakwah kepada umat Islam pada bila-bila masa.
“Pihak gereja menekankan doktrin asas untuk ‘patuh, penghormatan, dan memartabatkan undang-undang’.
“Mengambil kira kehadiran sejak lebih 50 tahun lalu di Malaysia, pihak gereja, ahli tempatan, serta sukarelawan berterusan menegakkan undang-undang dan mengekalkan pendekatan hormat dan keamanan atas semangat keharmonian dan perpaduan agama,” kata jurucakap Lee Poh Peng.
Pada awal Januari, FMT melaporkan dua warga asing berdepan konfrontasi orang awam selepas didakwa mengedar risalah Kristian, di Desa Setapak.
Polis menjalankan siasatan dan dilaporkan sedang mengesan dua individu terkait.
Dalam laporan FMT semalam, kumpulan antara agama menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dua individu warga asing, didakwa pergi pintu ke pintu di sebuah blok flat program perumahan rakyat (PPR) untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.
Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), berkata jika dakwaan itu terbukti benar, kedua-duanya perlu diusir dan dilarang kembali ke Malaysia.
Presiden MCCBCHST, Tan Hoe Chieow, berkata insiden itu kedua berlaku dalam tempoh dua bulan melibatkan warga asing berdakwah kepercayaan mereka secara terbuka.
Namun, Ketua Polis Wangsa Maju, Lazim Ismail, berkata tiada laporan dibuat mengenai perkara itu.
Tiada laporan berita yang disiarkan menyebut agama warga asing terbabit.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source