Program GoGiggers 2024 bantu ubah hidup, rider Foodpanda kini lebih celik kewangan
Program Literasi Kewangan GoGiggers 2024 berjaya membantu lebih 100 rider Foodpanda dalam mengurus kewangan dengan lebih baik.
Program anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan kerjasama Foodpanda dan Bank Simpanan Nasional (BSN) ini bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan menabung, melabur, serta merancang kewangan untuk masa depan.
GoGiggers 2024 bantu lebih 100 rider Foodpanda
Difahamkan majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, Pengarah Operasi Delivery Hero Malaysia Sdn. Bhd. (foodpanda), Shubham Saran, dan Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional (BSN), Jay Khairil Jeremy.
Menurut Pengurus Besar Bahagian Pendidikan dan Jangkauan Masyarakat AKPK, Nor Fazleen Zakaria, pekerja gig adalah tulang belakang ekonomi moden, namun mereka berdepan cabaran seperti pendapatan tidak menentu, simpanan terhad, dan kekurangan perlindungan kewangan.
“Kami melihat setiap pekerja gig sebagai tulang belakang ekonomi moden — gigih berusaha demi menjamin kehidupan keluarga yang lebih baik.
“Namun, seperti mana pekerja lain di Malaysia yang menyumbang kepada ekonomi negara, mereka turut berdepan dengan cabaran utama seperti ketidaktentuan pendapatan, simpanan yang kadangkala tidak mencukupi, dan perlindungan kewangan yang terhad,” ujarnya.
Program GoGiggers 2024 bantu rider urus kewangan
Pihak AKPK turut mendedahkan para peserta telah menunjukkan peningkatan sebanyak 34.4% dalam kesejahteraan kewangan mereka, manakala pengetahuan kewangan meningkat sebanyak 13.1%! Malah, lebih 74% rider telah mula membina tabungan kecemasan selepas menyertai program ini.
Salah seorang peserta, Mohd Saiful Samion, mengakui program ini banyak membantunya.
“Sebelum menyertai program GoGiggers ini, saya sering menghadapi kesukaran dalam menguruskan wang. Program ini telah membuka minda saya, memberikan ilmu untuk saya mengurus kewangan dengan lebih baik.
Alhamdulillah, kini saya sudah mula mempunyai tabungan kecemasan dan merasa lebih yakin dengan masa depan saya dan isteri.” jelasnya.
Artikel lain: Semangat kuat cari rezeki, akak jadi ‘rider’ Foodpanda bawa anak hantar pesanan
Program ini juga memberi pendedahan kepada peserta tentang pentingnya mencarum dalam KWSP dan PERKESO bagi memastikan perlindungan kewangan jangka panjang.
Majlis penutup yang diadakan baru-baru ini menjadi bukti kejayaan program ini dalam membantu komuniti gig, khususnya rider Foodpanda, mengurus kewangan dengan lebih baik.
Semoga program sebegini diteruskan pada masa hadapan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source