“Saya Akui Kesilapan, Ingin Bertemu Secara Peribadi” Imran Bard Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ellie Suriaty
Personaliti media sosial, Imran Bard baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty berikutan ketelanjurannya mempersenda nama pelakon tersebut di dalam videonya di Tiktok.
Menurut Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, beliau terpaksa mengambil masa untuk membuat permohonan maaf ini untuk menilai semula segala tindak tanduknya sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video Tiktok saya yang telah menyinggung perasaan Puan. Saya mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah”
“Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak, seperti video-video saya sebelum ni, ia hanyalah parodi random”
“Imran, sebagai peminat dan yang mengidolakan puan dan pelakon-pelakon lain yang saya sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video saya,” katanya.
Dalam pada itu, Imran turut mengakui kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat konten lebih lagi apabila melibatkan nama pihak lain.
“Walaubagaimanapun, saya mengakui kesalahan saya bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku. Saya hargai teguran Puan dan saya akan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur hidup,” terangnya lagi.
Selain itu, personaliti media sosial itu turut menyatakan hasrat untuk bertemu pelakon berkenaan untuk memohon maaf secara bersemuka.
“Dengan penuh rendah diri, sekiranya puan sudi, saya berharap dapat berjumpa dengan Puan secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf saya secara bersemuka dan tertutup. Saya percaya ini adalah langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan saya dalam memperbetulkan keadaan,” ujarnya.
Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi video Tiktok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar (54) meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memuat naik konten menggunakan namanya sehingga merosakkan reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
The post “Saya Akui Kesilapan, Ingin Bertemu Secara Peribadi” Imran Bard Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ellie Suriaty appeared first on Remaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source