Pelaburan

Terganggu Bunyi Lato-lato Semasa Nak Nikahkan Pengantin, Tok Kadi Tegur Guna Mikrofon

Untitled design2

rumahkabin black

Mainan lato-lato kini menjadi trend dan digemari oleh semua peringkat umur. Bagaimanapun, permainan berbentuk bola yang diperbuat daripada plastik polimer ini  menghasilkan bunyi yang agak bising.

Tidak hairanlah bunyi lato-lato menimbulkan kontroversi kerana membuatkan orang ramai berasa terganggu.

Buktinya, seorang jurunikah di Indonesia terpaksa meminta tetamu yang bermain lato-lato dalam satu majlis akad nikah agar berhenti bermain kerana bunyinya mengganggu perjalanan upacara itu.

Terganggu Bunyi Lato-lato Semasa Nak Nikahkan Pengantin, Tok Kadi Tegur Guna MikrofonTerganggu Bunyi Lato-lato Semasa Nak Nikahkan Pengantin, Tok Kadi Tegur Guna Mikrofon

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, jurunikah tersebut ingin memulakan majlis akad nikah sepasang pengantin.

Melalui video yang dimuat naik oleh akaun @bokerrkerbokerr_19, kelihatan seorang jurunikah sedang bersiap sedia untuk menikahkan pasangan pengantin. Video itu kemudiannya dimuat naik semula oleh akaun Instagram video_medsos

Dalam video tersebut, pasangan pengantin sudah bersedia untuk acara akad nikah. Penghulu dan saksi sudah berada di hadapan pasangan pengantin. Apabila membaca persetujuan yang diberikan, tiba-tiba jurunikah menghentikan kata-katanya kerana terganggu dengan bunyi lato-lato yang kuat.

Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato, diam… Lato-lato, diam. Saya ulangi, wahai Sutriono bin Taman, saya nikahkan dan kahwinkan…

Sebaik saja teguran dengan nada tegas dibuat menerusi mikrofon, bunyi lato-lato yang mengganggu majlis tersebut akhirnya senyap dan jurunikah segera meneruskan upacara tersebut dengan lancar.

Tindakan jurunikah yang berani menegur individu berkenaan secara terbuka demi kelancaran majlis akad nikah dipuji.

Bukan setakat orang dewasa sahaja yang perlu tahu tentang adab dan sopan jika berada dalam majlis orang lain, kanak-kanak juga perlu diajar tentang soal adab terutama apabila berada dalam majlis.

Tidak kurang juga yang mengatakan ketaksuban seseorang terhadap permainan lato-lato perlu dikawal agar perkara begini tidak berulang lagi.

Muat naik video tersebut telah mendapat 63.3 ribu tontonan. Berikut antara komen-komen warga maya:

See also  Kisah Saintis Gila Menang Hadiah Nobel Sebab Telan Bakteria Maut.

“Anak-anak pun kena tahu adab bila berada di majlis orang lain. Yang penting ibu bapa ajar anak-anak beradab.”

“Saya baru pergi mall, ada budak bawak lato-lato, ya ampun.”

“Saya paling benci dengan bunyi lato-lato.”

“Bunyi lato-lato memang sangat menggangu.”

“Bunyi lato-lato ini buat terngiang-ngiang di telinga.”

Sumber: Instagram video_medsos via bokerrkerbokerr_19 dan wolipop.detik.com

 

 

 

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link

Related Posts