Pemergian Taib kehilangan besar buat Sarawak, negara


PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri, Abdul Taib Mahmud kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
“Sedih dan dukacita di atas perginya negarawan, Abdul Taib Mahmud, mantan Yang di-Pertua Negeri dan mantan ketua menteri Sarawak awal pagi ini di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
“Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya di Facebook.
Seorang lagi Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata, Taib memainkan peranan cukup penting dalam mentadbir dan memacu kejayaan Sarawak sehingga kini.
“Terlalu banyak kenangan yang terakam antara saya bersama Allahyarham. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan sentiasa istiqamah menyantuni masyarakat.
“Semoga Allah menerima segala amal baktinya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan insan soleh serta beroleh jannah,” tulisnya di Facebook.
Taib, 87, menghembuskan nafas terakhirnya di Kuala Lumpur kira-kira 4.40 pagi tadi dan jenazahnya dijadualkan dibawa ke Kuching sekitar 1 tengah hari nanti.
Jenazahnya akan ditempatkan di kediamannya di Demak Jaya, sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir mulai 8 pagi esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, dekat kediamannya selepas solat Zohor esok.
Bekas menteri pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kehilangan Allahyarham pastinya dirasai rakyat Sarawak kerana beliau membawa perubahan besar kepada Bumi Kenyalang sejak mengambil alih tampuk kepimpinan.
Presiden MCA itu turut memuat naik gambar bersama Taib ketika menziarahi jenazah bonda Najib Razak pada 19 Dis 2020 di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Kuala Lumpur.
Taib merupakan ketua eksekutif kerajaan negeri paling lama berkhidmat, memimpin Sarawak selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014, selain Ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat, mewakili Kota Samarahan selama 38 tahun dari 1970 hingga 2008.
Beliau berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari 2014 hingga Januari lalu.
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menyifatkan pemergian Taib kehilangan peribadi kepadanya.
“Beliau adalah mentor saya dan satu-satunya ahli politik yang saya hormati. Sarawak kehilangan pemimpin yang hebat,” kata presiden Parti Bangsa Malaysia itu kepada FMT sambil menambah beliau dan keluarganya mengenali Taib selama bertahun-tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source